Abdul Ariffahmi Abd Rahman
Ir Haji Abdul Ariffahmi Abd Rahman ialah seorang jurutera dan ahli korporat di Malaysia. Beliau merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK) dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif LGM Properties Corporation (LGMPC).
Ir Haji Abdul Ariffahmi Abd Rahman | |
---|---|
Ketua Pegawai Eksekutif LGM Properties Corporation | |
Dalam jawatan Januari 2021 – Januari 2022 | |
Didahului oleh | Suhaini Haron (pemangku) |
Digantikan oleh | Mohd Zamry Sulaiman |
Ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan | |
Dalam jawatan September 2009 – November 2009 | |
Digantikan oleh | Ir Mustapha Salleh |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Abdul Ariffahmi bin Abdul Rahman Machang, Kelantan |
Tempat belajar | Universiti Teknologi Malaysia Universiti Utara Malaysia |
Kehidupan dan kerjaya
suntingAriffahmi berasal dan dibesarkan di Machang, Kelantan. Beliau merupakan graduan dari Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor dalam jurusan Kejuruteraan Sivil dan seterusnya memperoleh Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Utara Malaysia. Beliau merupakan jurutera bertauliah dari Lembaga Jurutera Malaysia dengan gelaran profesional Insinyur (IR).
Beliau merupakan menantu kepada Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau mendirikan rumah tangga dengan anak kesembilan Nik Abdul Aziz, Nik Amalina[1].
Kerjaya
suntingKerjaya beliau bermula sebagai jurutera di salah satu syarikat konsultan kejuruteraan tempatan. Beliau pernah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK) pada 20 September 2009[2] dan meletak jawatan pada 23 November 2009[3]. Beliau berkhidmat selama lapan tahun di PMBK. Selain daripada itu beliau pernah menyandang jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah di beberapa syarikat dan agensi tempatan.
Beliau merupakan salah seorang ahli lembaga pengarah di Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) pada 2020 sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif LGMPC[4].
Kontroversi
suntingTuduhan kronisme dan salah guna kuasa
suntingAbdul Ariffahmi menghadapi kontroversi setelah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu PMBK dua kali untuk menyiasat dakwaan surat layang berhubung tuduhan kronisme, salah guna kuasa dan mempersoalkan pelantikan anggota keluarga terdekat menerajui syarikat milik kerajaan yang mempunyai peranan begitu besar pada Ogos 2008 dan awal November 2009.
Pada 11 November 2009 , Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang juga penulis blog 'Kickdefella' mendakwa kerajaan negeri kerugian kerana terpaksa membeli kompleks Bazar Tok Guru ekoran berlaku penyelewengan oleh PMBK di bawah pengurusan Ariffahmi. Kerajaan negeri Kelantan didakwa terpaksa membeli semula kompleks perniagaan Bazar Tok Guru bernilai RM23 juta yang sedang dalam pembinaan, kerana masalah teknikal. Pembelian itu adalah menerusi PMBK.[5][6]
Pada 15 Disember 2010, SPRM telah mendapati Nik Abdul Aziz tidak bersalah berhubung dengan pelantikan Abdul Ariffahmi sebagai ketua pegawai eksekutif PMBK. SPRM menjelaskan bahawa Pejabat Peguam Negara berpuas hati bahawa Menteri Besar berkuasa penuh untuk melantik mana-mana pegawai negeri termasuk anak syarikat negeri. SPRM juga mendapati, tidak ada bukti untuk menyabitkan Nik Abdul Aziz dengan sebarang perbuatan rasuah berhubung tajaan haji bernilai RM65,000 yang ditawarkan kepadanya tahun lalu[7].
Rujukan
sunting- ^ Jimadie Shah Othman (24 Disember 2009). "Anak MB K'tan 'tidak tahu etika berjemaah'". Malaysiakini. Dicapai pada 18 Julai 2021.
- ^ "Kes penyelewengan menantu Nik Aziz belum selesai: SPRM". Borneo Today. 28 Januari 2011. Dicapai pada 18 Julai 2021.
- ^ "Menantu Nik Aziz letak jawatan". Malaysiakini. 23 November 2009. Dicapai pada 18 Julai 2021.
- ^ "Fitnah: LGMPC tuntut Sedar Malaysia mohon maaf". Harakahdaily. 31 Mei 2021. Dicapai pada 18 Julai 2021.
- ^ Nik Aziz Sahkan Kerajaan Negeri Beli Bazar Tok Guru Daripada Pemaju
- ^ Menantu Nik Aziz letak jawatan
- ^ "SPRM Masih Siasat Menantu Nik Aziz". mStar. 27 Januari 2011. Dicapai pada 18 Julai 2021.