Abang Kandung

(Dilencongkan daripada Abang Kandung (drama))

Abang Kandung ialah telefilen Malaysia 2018 arahan Rashid Sibir yang bertemakan kekeluargaan dan konflik. Telefilem ini telah ditayangkan pada 10 Mac 2018 pada jam 10 malam melalui saluran TV3 di slot Cerekarama di TV3. [2]

Abang Kandung
Genre
Ditulis olehRashid Sibir
PengarahRashid Sibir[1]
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Penerbitan
Penerbit eksekutifAinul Mardhia Rashid
Aliff Firdaus Rashid
Iskandar Zulkarnaen Rashid
Adam Muhammad Rashid
Datin Maimon Mokhtar
PenerbitNurulhuda Azizi
Penyunting
Tempoh siaran84 minit
Syarikat penerbitan
Rashbir Media Sdn. Bhd.
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal
  • 10 Mac 2018 (2018-03-10)

Sinopsis

sunting

Mengisahkan Saiful yang merupakan anak sulung dan menjadi kebanggaan kepada Pak Talib dan Mak Mah serta adiknya, Usop / Yusof. Namun segalanya berubah, apabila Saiful sering berfoya-foya, sehingga dia telah memperkosa Sara. Saiful kemudiannya meninggalkan kampung dan hidup bergelumang dosa di bandar dengan pil khayal, mabuk dan wanita. Bagaimanapun, dia tiba-tiba pulang ke kampung untuk meminta maaf daripada bapanya, Pak Talib, tetapi malangnya Pak Talib menghalau Saiful dan tidak membenarkannya tinggal di rumahnya. Adiknya, Yusof yang berniaga roti canai membawa Saiful ke rumah nenek mereka dan Saiful menumpang di situ. Dia akhirnya bekerja sebagai penoreh getah dan turut membuat beberapa pekerjaan lain. Lama - kelamaan Saiful mula jatuh sakit dan keadaan kesihatannya mula teruk.

Saiful meminta pertolongan adiknya Yusof untuk memujuk bapa mereka supaya membenarkannya untuk pulang ke rumah. Yusof kemudiannya membawa abangnya pulang ke rumah, kemudian Yusof dan ibunya berusaha untuk memujuk Pak Talib, malah Yusof juga berjanji akan bertanggungjawab serta menjaga abangnya itu. Akhirnya bapa mereka mengalah dan membenarkan Saiful tinggal di rumah itu, walaupun begitu Pak Talib masih lagi marah serta benci pada anak sulungnya itu dan sering menyuruh Saiful keluar saja dari rumah itu. Manakala Saiful tetap berusaha untuk mendapatkan kemaafan bapanya itu, walaubagaimanapun Pak Talib masih keras hati dan tidak mahu memaafkan Saiful. Tak lama kemudian keadaan Saiful makin teruk, dia akhirnya muntah darah dan kini berada di hospital, Yusof cuba sebaik mungkin untuk menjaga abangnya itu. Apa yang bakal berlaku seterusnya

Pelakon

sunting
  • Izzue Islam sebagai Saiful[3]
  • Syafiq Kyle sebagai Usop
  • Nasir Bilal Khan sebagai Pak Talib
  • Norlia Ghani sebagai Emak
  • Ruminah Sidek sebagai Nenek
  • Hashim Harun sebagai Pak Kasim
  • Oktovia Manrose sebagai Sara
  • Hafis Nolan sebagai Muis
  • Muaz Aidilfitri sebagai Adi
  • Asrizal Jais sebagai Taha
  • Azmeer Shah @ Tom sebagai Mail
  • Zaidi Rock sebagai Pak Abu
  • Achong sebagai Taukeh Getah\
  • Enalty Intan sebagai Mak Sara
  • Babagee sebagai Pak Imam
  • Mohd Syaffiq Mahmood sebagai Doktor
  • Nurul Sofia sebagai Jururawat
  • Hanafi sebagai Wak Napi

Anugerah dan pencalonan

sunting
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2018 Anugerah Skrin 2018[4][5] Drama Terbaik Tercalon

Rujukan

sunting
  1. ^ https://www.xtra.com.my/ms/category/entertainment/posts/senarai-penuh-anugerah-skrin-2018-yang-patut-korang-tengok
  2. ^ "Jangan pinggirkan pengarah 'otai' - Rashid Sibir". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-27. Dicapai pada 27 Oktober 2018.
  3. ^ "'Izzue pelapis pelakon air mata'". Harian Metro. Dicapai pada 27 Oktober 2018.
  4. ^ "'12 karya bakal dinilai untuk Drama Terbaik ASK2018'". mSTAR. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-27. Dicapai pada 27 Oktober 2018.
  5. ^ "'Senarai anugerah penuh Anugerah Skrin 2018'". Xtra. Dicapai pada 27 Oktober 2018.