Sempoa

(Dilencongkan daripada Abakus)

Sempoa (sepua/cepua), juga dikenali sebagai dekak-dekak atau abakus, merupakan alat hitung untuk melakukan proses-proses aritmetik. Seringnya, ia terdiri daripada sebuah rangka kayu, dengan manik-manik yang menggelangsar pada wayar-wayar. Penggunanya menggelangsar pembilang secara insani pada batang-batang atau alur-alur. Ia telah digunakan selama berabad-abad sebelum penerimagunaan sistem angka Hindu-Arab tertulis dan masih digunakan secara meluas pada hari ini oleh para pedagang dan kerani di China, Jepun, Afrika dan negara-negara yang lain.

Sepua, abakus Cina.

Sempoa pertama hampir pasti berasaskan batu rata yang dilitupi dengan pasir atau habuk. Perkataan-perkataan dan huruf-huruf ditulis pada pasir. Nombor-nombor kemudian ditambah,[1] dengan batu-batu kerakal dipergunakan untuk membantu penghitungan.

Orang-orang Babylonia menggunakan sempoa habuk seawal 2400 SM.[2] Bagaimanapun, asal sempoa dengan benang masih kabur, tetapi India, Mesopotamia atau Mesir dipercayai merupakan tempat asal yang mungkin,[3] dengan China memainkan peranan yang penting dalam pengembangan sempoa. Daripada sempoa-sempoa ini, berbagai-bagai sempoa telah dikembangkan, dengan yang paling popular berdasarkan sistem dwiperlimaan yang mempergunakan gabungan yang terdiri daripada dua asas (asas-2 dan asas-5) untuk mewakili nombor-nombor perpuluhan. Bagaimanapun, sempoa terawal yang digunakan di Mesopotamia dan kemudian oleh para katib di Mesir dan Yunani menggunakan nombor perenampuluhan yang diwakili oleh faktor-faktor 5, 2, 3, dan 2 bagi setiap digit.

Penggunaan istilah "abacus" (dalam bahasa Inggeris) bermula sebelum tahun 1387 apabila karya-karya bahasa Inggeris Pertengahan meminjam perkataan Latin untuk menghuraikan sempoa papan pasir. Perkataan Latin datangnya daripada perkataan abakos, bentuk genitif bahasa Yunani untuk abax ("meja hitung"). Oleh sebab abax juga membawa pengertian "meja yang ditaburi dengan pasir atau habuk yang digunakan untuk melukis bentuk geometri", sesetengah ahli linguistik meneka bahawa perkataan Yunani berasal daripada kata akar Semitik, ābāq (disebut "a-vak"), perkataan Ibrani untuk "habuk". Oleh sebab perincian tentang penghantarannya adalah kabur, istilah "abakus" juga mungkin berasal daripada perkataan Phoenicia, abak, yang membawa pengertian "pasir".

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "abacus." Ensiklopedia Britannica. 3 Februari 2007
  2. ^ Reilly, m.s. 825
  3. ^ Smith, m.s. 159

Pautan luar

sunting

Tutoran

sunting

Keanehan-keanehan abakus

sunting