Abdul Kadir Jasin

bekas ketua pengarang Kumpulan Akhbar News Strait Times Sdn. Bhd.
(Dilencongkan daripada A Kadir Jasin)

A Kadir Jasin atau Datuk Kadir Jasin (lahir 23 Ogos 1947)[1] merupakan rakyat Malaysia berbangsa Melayu yang juga bekas ketua pengarang Kumpulan Akhbar New Straits Times. Beliau juga ialah seorang ahli blog yang dikenali dalam blognya, The Scribe[2]. Beliau ialah penulis setiap dua minggu dalam majalah Malaysian Business dan juga pernah menulis buku-buku sehingga kini.

YBhg Datuk
Abdul Kadir Jasin
PJN
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU
Dalam jawatan
2017–2020
PresidenMuhyiddin Yassin
Maklumat peribadi
Lahir (1947-08-23) 23 Ogos 1947 (umur 77)
Kampung Tanah Merah, Mukim Guar Kepayang, Pendang (ketika itu Kota Star), Kedah
Parti politik BERSATU (2017-2020)
Gabungan politik
lain
Pakatan Harapan (2017-2020)
PasanganDatin Zaini Zainuddin

Kerjaya

sunting

Kadir Jasin dilahirkan pada 23 Ogos 1947 di Kampung Tanah Merah, Mukim Guar Kepayang, Pendang (ketika itu Kota Star), Kedah.

Selepas belajar di Tingkatan 6 di Kedah, beliau menjadi wartawan di Bernama (1969) yang ketika itu terletak di sebuah banglo lama di Jalan Tun Abdul Razak. Ketika itu, Peristiwa 13 Mei baru sebulan berlalu. Ketika itu, masih banyak mayat mangsa di Hospital Besar Kuala Lumpur belum dituntut.

Kerjaya wartawan memang sesuai dengan dirinya. Beliau pernah menjadi "Group Editor" di NSTP (1988-2000) dan merupakan Ketua Editor di Berita Publishing Sdn Bhd[3] (2000-sekarang); menulis kolum "Other Thots" dalam majalah Malaysian Business dan telah menterjemah buku tulisan Mahathir bin Mohamad, "Doctor In The House" kepada bahasa Melayu iaitu bertajuk "Doktor Umum".

Saman Datuk Zaid

sunting

Pada 7 Disember 2009, Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim menyaman beliau kerana didakwa memfitnahnya sebagai "pengacau" dalam parti itu pada Oktober 2009. Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri menuntut beliau membayar ganti rugi dan memohon maaf kepadanya berhubung artikel "Zaid, the Hurricane Hattie of PR" di blognya pada 21 Oktober 2009.[4]

Hasil penulisan

sunting

Antara buku yang pernah dikarangnya termasuklah:

  1. "Membangun bangsa dengan mata pena", Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009.[5]
  2. "Mencari Dugalia Huso", Berita Publishing, 2006.
  3. "Dapur: 70 kabinet pasang siap", Berita Pub., 2005.
  4. "The wings of an Eagle: a tribute to Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad", Mutiara Grafik, 2003.
  5. "Biar putih tulang: kunta kunte"; Universiti Malaya, 1998.
  6. "Water magic: healing bath recopes for the body spirit and soul", Simon & Schuster, 1995.
  7. "Other Thots – Opinions & Observations" 1992-2001 (2001)
  8. "Damned That Thots" (2006)
  9. "Blogger" (2006)
  10. "PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran" (2008)
  11. "Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics" (2009)
  12. "Membangun Bangsa dengan Pena" (2009).

Anugerah

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Datuk A Kadir Jasin: A gem of Malaysian journalism" [Datuk A Kadir Jasin: Permata Kewartawanan Malaysia]. Malaysian Press Institute (dalam bahasa Inggeris). 16 Julai 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-11. Dicapai pada 12 Oktober 2018. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^ The Scribe
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 2014-09-19.
  4. ^ "Zaid Ibrahim saman Kadir Jasin", Malaysiakini.com, 7 Disember 2009.
  5. ^ Membangun Bangsa Dengan Mata Pena

Pautan luar

sunting