A. Rahman bin Mokhtar

Dr. A. Rahman Bin Mokhtar (22 Mac 1958 hingga 26 Jun 2013) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADUN Kuala Besut selama dua penggal (2008-2013). Namun demikian, beliau meninggal dunia tiga bulan selepas PRU-13 menyebabkan Pilihan raya kecil Kuala Besut 2013.

Dr.

A. Rahman bin Mokhtar
Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu untuk Kuala Besut
Dalam jawatan
Mac 2008 – Jun 2013
RajaMizan Zainal Abidin
Didahului oleh Abdullah Che Muda
Digantikan oleh Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman
Majoriti2,434 (PRU-13)
2,631 (PRU-12)
Butiran peribadi
Lahir(1958-03-22)22 Mac 1958
Terengganu Pulau Perhentian, Besut, Terengganu
Meninggal dunia26 Jun 2013(2013-06-26) (umur 55)
Terengganu Kuala Terengganu, Terengganu
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
PasanganAzizah binti Omar
Anak-anakEmpat

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian, Besut, Terengganu dan seterusnya menyambung ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Kuala Besut, Besut. Beliau merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan dapat meneruskan pengajian ke peringkat Matrikulasi di Sekolah Menengah Alam Shah, Kuala Lumpur dan juga Matrikulasi UKM, Sek. Men. Sultan Abd. Halim, Jitra, Kedah.

Minat beliau dalam bidang perubatan mendorong beliau menyambung pengajian di Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur. Beliau kemudiannya menyambung pelajaran ke Kolej Kesihatan Umum Universiti Of Philippines, di Manila.

Beliau aktif dalam komuniti setempat dan pernah menjadi Pengerusi Peti Undi Seberang Barat, Kuala Besut, AJK Penyelaras Dun Kuala Besut dan AJK Pilihanraya – Peti Undi, Dun & Parlimen Besut 2004. Antara jawatan yang pernah disandang oleh beliau ialah Ketua Umno Cawangan Kuala Besut, Pengerusi Penyelaras Umno Dun Kuala Besut, Setiausaha Umno Bahagian Besut dan Adun Kawasan Kuala Besut.

Pada 26 Jun 2013, Dr A. Rahman meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) akibat barah peparu. Kematian beliau bakal menyaksikan pilihan raya kecil yang pertama selepas PRU-13.[1] Ia bakal menjadi satu pilihan raya kritikal, kerana BN hanya mendapat kelebihan dua kerusi untuk membentuk kerajaan negeri Terengganu 2013.[2]

Rujukan

sunting
  1. ^ BERNAMA (26 Jun 2013). "Speaker Akan Maklumkan Kekosongan Kerusi DUN Kuala Besut Kepada SPR Khamis". mStar Online. Dicapai pada 26 Jun 2013.[pautan mati kekal]
  2. ^ Nurul Ain Mohd Hussain (26 Jun 2013). "Pilihan Raya Kecil Kuala Besut Bakal Berlangsung Sengit - Anwar". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-03. Dicapai pada 26 Jun 2013.

Pautan luar

sunting