8 Jam

Filem aksi psikologi Malaysia 2012 arahan Ahmad Idham

8 Jam merupakan sebuah filem aksi psikologi Malaysia 2012 arahan Ahmad Idham. Filem ini ditayangkan pada 5 Julai 2012.[1]

8 Jam
Poster keluaran tayangan
PengarahAhmad Idham
Lakon layarAhmad Idham
Dihasilkan olehDavid Teo
Dibintangi
SinematografiRaja Mukhriz
Muzik olehTrabye
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
  • 5 Julai 2012 (2012-07-05) (Malaysia)
Masa tayangan
82 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.2 juta
Pecah panggungRM 2.30 juta

Sinopsis

sunting

Alang membesar di sebuah lorong yang penuh dengan keganasan dan jenayah. Zaman kanak-kanak Alang dirampas daripadanya apabila ibunya mati dibunuh seorang Ah Long semasa mereka cuba melarikan diri dari kawasan jahanam tersebut. Alang yang tidak mempunyai saudara-mara yang lain telah dihantar ke rumah anak-anak yatim. Alang menghadapi kesukaran untuk bergaul dengan rakan-rakan sebayanya yang lain dek cara kehidupannya yang terdahulu namun muncul Julia yang tidak putus-putus cuba untuk berkawan dengannya. Keikhlasan Julia menyebabkan mereka menjadi kawan baik sehinggalah mereka meningkat umur sehingga belasan tahun. Hubungan persahabatan mereka lama-kelamaan bercambah menjadi cinta. Namun, hubungan mereka terputus pertengahan jalan kerana Julia telah dituntut oleh mak ciknya. Atas desakan mak cik Julia, pihak sekolah telah merahsiakan alamat dan nombor telefon Julia sehingga Alang dan Julia tidak lagi berjumpa. Alang akhirnya kembali ke kehidupannya semasa kecil. Alang cuba untuk hidup dengan aman namun munculnya beberapa konco daripada satu geng meminta wang perlindungan. Alang yang geram telah bergaduh dan menyebabkan dia menjadi sasaran geng tersebut. Ditakdirkan Alang bertemu semula dengan Julia yang sedang dalam keadaan kesusahan. Alang yang terlalu cintakan Julia menerima Julia dengan gembiranya dan mengharapkan Julia akan sentiasa bersamanya. Namun, kebahagiaan mereka hanya sementara apabila muncul mak cik Julia menuntut Julia kembali dan konco-konco geng tersebut sering menghantui Alang. Ditakdirkan Alang bertemu semula dengan Julia yang sedang dalam keadaan kesusahan.

Geng-geng Ah Long menganggu Alang dan Julia untuk mendapatkan hutang kepada Ah Long semasa mereka makan tetapi dibelasah oleh Alang. Alang melarikan diri daripada geng-geng tersebut tetapi seorang budak samseng Thailand menghalang Alang. Alang menyelamatkan Julia apabila mereka meragutkan beg Julia. Alang menghantar Julia ke klinik. Alang meminta maaf kepada Julia atas kesalahan itu. Insiden yang menyebabkan pergaduhan berlaku antara Alang dengan geng-geng tersebut. Budak samseng Thailand itu kembali untuk memburu Alang. Alang membalas balik serangan terhadap budak samseng itu semasa dia mencederakan Julia. Alang membelasah mukanya sehingga budak samseng itu separuh mati, tetapi dia dihalang oleh Julia daripada meneruskan perbelasahannya itu. Alang menangis lalu menikam belakang Julia. Selepas mengimbas kembali, Alang menangis lagi dan kemudiannya Alang digantung sampai mati.

Pelakon

sunting

Trivia

sunting
  • Sebelum meraih kemasyhuran, Azrel Ismail memegang watak kecil dalam filem ini.

Anugerah dan pencalonan

sunting
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2013 Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2013 Filem Terbaik (Aksi) Tercalon

Rujukan

sunting
  1. ^ Budiey (26 Mac 2012). Trailer dan sinopsis filem 8 Jam Sensasi Selebriti. Dicapai pada 1 Mei 2012.

Pautan luar

sunting