7 Hari Mencintaiku (novel)
7 Hari Mencintaiku ialah sebuah novel oleh penulis novel Malaysia, Siti Rosmizah Semail. Novel ini diterbitkan pada tahun 2011 oleh syarikatnya, SR Publication. Ia telah dijadikan sebagai sebuah siri drama adaptasi dengan tajuk sama yang disiarkan di TV3 pada 2016. Kesinambungan novel ini, 7 Hari Mencintaiku 2 dikeluarkan pada 2018.
Umum | |||
---|---|---|---|
Pengarang | Siti Rosmizah Semail | ||
Negara | Malaysia | ||
Bahasa | Melayu | ||
Genre | Cinta, konflik | ||
Penerbitan | |||
Penerbit | SR Publication | ||
Tarikh penerbitan | 2011 | ||
Jenis media | Cetakan (kulit keras) | ||
Halaman | 1050 | ||
Kawalan kewibawaan | |||
ISBN | ISBN 9789675822018 | ||
Kronologi | |||
|
Sinopsis
suntingKhuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.
- "Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan ? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri ! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya ! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawa cermin ke suluh muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati ! So ... apa kata kau berambus sekarang ! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau !"
Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh di sudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang dilemparkan oleh gadis ini? Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? Tidakkah dia terluka? Khuzairi mengangguk perlahan.
- "Ya, aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan, tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, demi amanah aku harus menelannya, demi amanah aku harus terus bersabar..."
Lupakah Mia Adriana, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi belum terpadam lagi buat dirinya.
Keluaran dan sambutan
sunting7 Hari Mencintaiku dikeluarkan pada 2011 oleh SR Publications. Ia laris dijual, dan terjual sebanyak 100, 000 naskhah dalam tempoh yang singkat.[1]
Legasi
suntingPada 2016, novel ini telah diangkat dan diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana 7 Hari Mencintaiku di Slot Akasia yang menjadi antara drama terunggul dan popular di Malaysia dengan rating sebanyak 12 juta penonton.[2] Ia diarahkan oleh Jamal Khan, lakonan Shukri Yahaya dan Siti Saleha.[3]
Rujukan
sunting- ^ Farhana Abdul Rahman (22 Disember 2016). Gara-gara drama, novel 7 Hari Mencintaiku laris Berita Harian. Dicapai pada 22 Januari 2017.
- ^ "Klimaks kegilaan". Kosmo. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-15. Dicapai pada 15 Mei 2018.
- ^ Michelle Gun (13 Januari 2017). "7 Hari Mencintaiku Paling Laris". Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-16. Dicapai pada 5 Mei 2018.