3C - Cita-Cita & Cinta
3C - Cita-Cita & Cinta merupakan sebuah album sulung yang dihasilkan oleh Kumpulan Res 2 pada November 1993, dan diterbitkan oleh SRC.[1] Nama kumpulan ini dibunyikan sebagai Restu.
3C Cita-Cita & Cinta | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | November 1993 | |||
Dirakamkan pada | 1993 | |||
Tempat | Malaysia | |||
Genre | pop, tarian dan berunsur rap | |||
Bahasa | Bahasa Melayu Malaysia | |||
Syarikat | Suria Records (SRC) | |||
Kronologi Res 2 | ||||
| ||||
Kulit album alternatif | ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Album ini terdiri daripada 10 buah lagu, dan lagu pertama yang dimuatkan di dalam album ini adalah 3C "Cita-Cita Dan Cinta".
Lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album 3C ini mempunyai lagu-lagu pop, tarian dan berunsur rap dan dilaporkan menerima tempahan awal sebanyak 30 ribu unit. Penghasilan album 3C Cita-Cita & Cinta ini turut mendapat sentuhan kumpulan Krash Kozz, yang menyumbang satu gubahan lagu popular Res 2 ialah Kepastian dan Pengertian.
Lagu-lagu lain dalam album tersebut ialah 3C, Rasa Sayang, Pesta Res2, Jejaka Idaman, Wawasan & Remaja. Lagu Wawasan oleh Res 2 juga menampilkan gaya rap dalam nyanyian berentak tarian. Seperti yang diketahui umum, tajuk lagu tersebut merujuk kepada idea Wawasan 2020 yang dicetuskan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir Mohamad, pada 1991.[2]
Sebuah lagi lagu yang berjudul Sentuhan Cinta ialah saduran daripada lagu popular "(Dying Inside) To Hold You" nyanyian asal penyanyi dari Amerika, Timmy Thomas.
Kandungan Lagu
suntingMuka Satu | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Penulis | Masa | |||||||
1. | "3C Cita-Cita Dan Cinta" | 4:04 | ||||||||
2. | "Rasa Sayang" | 4:15 | ||||||||
3. | "Kepastian dan Pengertian" | gubahan kumpulan Krash Kozz | 3:33 | |||||||
4. | "Sentuhan Cinta" | (Lagu asal "Dying Inside") | 3:38 | |||||||
5. | "Pesta Res 2" | 3:30 | ||||||||
6. | "Jejaka Idaman" | 3:08 | ||||||||
7. | "Wawasan" | 3:41 | ||||||||
8. | "Kepastian Dan Pengertian (Dipanjangkan)" | 4:00 | ||||||||
9. | "Remaja" | 4:31 | ||||||||
10. | "Pesta Res2 (Instrument)" | 4:09 | ||||||||