İpek Filiz Yazıcı
İpek Filiz Yazıcı (lahir 19 April 2001) merupakan pelakon artis dari Turkiye
İpek Filiz Yazıcı | |
---|---|
Kelahiran | 19 April 2001 Istanbul, Turkiye | (age 23)
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 2016–kini |
Pasangan | Ufuk Beydemir (k. 2022) |
Kehidupan dan kerjaya
suntingKeluarganya berasal daripada Of, Trabzon.Beliau memulakan debut lakonan televisyen pada 2016 daripada drama bersiri Babam ve Ailesi (Family Secrets). Pada tahun 2017, beliau merupakan pelakon dalam siri Now TV bertajuk Kayıtdışı (Off The Record) bersama Songül Öden, Erkan Petekkaya dan Dolunay Soysert dengan memainkan watak sebagai Tuğba Ateş. Dia meneruskan kerjayanya dengan memainkan peranan sebagai Ceyda dalam siri TV Elimi Bırakma
Dia mendapat tawaran sebagai pelakon utama dalam siri asal Netflix iaitu Aşk 101 (Love 101) dan memegang watak sebagai Işık. Dia juga berlakon dalam siri TV iaitu Yeni Hayat, namun terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu pada tahun 2020 berikutan Pandemik COVID-19 di Turki
Selain daripada bekerja sebagai pelakon, Yazıcı juga muncul dalam iklan terkenal seperti LC Waikiki dan Çokokrem
Kehidupan peribadi
suntingPada April 2021, dia memberitahu kepada media bahawa dia telah menjalinkan hubungan bersama penyanyi terkenal, Ufuk Beydemir. Mereka akhirnya telah berkahwin pada 22 Oktober 2022
Filemografi
suntingFilem
suntingFilem | |||
---|---|---|---|
Tahun | Tajuk | Watak | Nota |
2021 | UFO | Deniz | Watak utama |
Drama TV
suntingTelevisyen | |||
---|---|---|---|
Tahun | Tajuk | Watak | Nota |
2016 | Babam ve Ailesi | Elif | Pelakon jemputan |
2017 | Kayıtdışı | Tuğba Ateş | Penampilan khas |
2018–2019 | Elimi Bırakma | Ceyda | Penampilan khas |
2020 | Yeni Hayat | Gökçe Karatan | Penampilan khas |
2022 | Son Nefesime Kadar | Hazan | Penampilan khas |
2022 | İçimizdeki Ateş | Hale Vural | Watak utama |
Drama Web
suntingSiri Web | |||
---|---|---|---|
Tahun | Tajuk | Watak | Nota |
2017 | 7 Yüz | - | - |
2020–2021 | Aşk 101 | Işık | Watak utama |