Émile Mpenza
Eka Basunga Lokonda "Émile" Mpenza (lahir 4 Julai 1978) merupakan bekas pemain bola sepak Belgium yang bermain di posisi penyerang.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Eka Basunga Lokonda Mpenza | ||
Tarikh lahir | [1] | 4 Julai 1978||
Tempat lahir | Zellik, Belgium | ||
Ketinggian | 1.77 m (5 ka 10 in)[2] | ||
Posisi permainan | Penyerang | ||
Kerjaya remaja | |||
1986–1989 | LC Mesvins | ||
1989–1995 | Kortrijk | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1995–1996 | Kortrijk | 32 | (5) |
1996–1997 | Mouscron | 31 | (12) |
1997–1999 | Standard Liège | 46 | (20) |
2000–2003 | Schalke 04 | 79 | (28) |
2003–2004 | Standard Liège | 28 | (21) |
2004–2006 | Hamburger SV | 36 | (5) |
2006–2007 | Al-Rayyan | 19 | (9) |
2007–2008 | Manchester City | 25 | (5) |
2008–2009 | Plymouth Argyle | 9 | (2) |
2009–2010 | Sion | 31 | (21) |
2010–2012 | Neftchi Baku | 31 | (6) |
2013–2014 | Eendracht Aalst | 0 | (0) |
Jumlah | 367 | (134) | |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
1995–1996 | Belgium U18 | 7 | (6) |
1995 | Belgium B19 | 7 | (0) |
1996 | Belgium B21 | 3 | (0) |
1997–2009 | Belgium | 57 | (19) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 9 Mac 2012 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 31 Mei 2012 (UTC) |
Kerjaya kelab
suntingMpenza memulakan kerjaya bola sepaknya di KV Kortrijk dan kemudian berpindah ke kelab RE Mouscron dan Standard Liège bersama abangnya, Mbo yang bermain pada kelab itu. Pada tahun 2000, beliau berpindah ke kelab Jerman, FC Schalke 04 sebagai pertukaran dengan pemain Michaël Goossens. Di Schalke, beliau bermain dengan cemerlang bersama penyerang berbisa, Marc Wilmots dan Ebbe Sand tetapi gagal untuk merebut takhta gelaran liga pada hari terakhir musim. Beliau kembali ke Standard tiga tahun kemudian. Pada musim 2004-05, beliau kembali semula ke Jerman apabila beliau ditandatangani oleh Hamburger SV dengan bayaran 2.5 juta euro. Walau bagaimanapun pada 2006, beliau membuat perpindahan mengejut ke kelab Qatar, Al Rayyan.
Manchester City
suntingMpenza menandatangani kelab Manchester City pada 14 Februari 2007. Beliau membuat penampilan pertama bersama City menentang Wigan Athletic pada 3 Mac 2007. Beliau menjaringkan gol pertamanya pula ketika menang 2–0 ke atas Middlesbrough pada 17 Mac 2007.
Mpenza menjaringkan gol pertama untuk City ketika perlawanan pramusim untuk musim 2007-08 menentang Doncaster Rovers. Disebabkan ramai pemain dibawa masuk oleh pengurus baru, Sven-Göran Eriksson pada musim panas 2007, beliau terpaksa keluar dari kelab itu.
Plymouth Argyle
suntingBeliau menandatangani kelab divisyen tiga Inggeris, Plymouth Argyle pada 2 September 2008.[3] Mpenza membuat debut untuk Argyle ketika menang 2–1 ke atas Norwich City pada 13 September. Beliau menjaringkan gol pertamanya ketika seri 2-2 menentang Charlton Athletic.
Sion
suntingPada musim 2009–10, Mpenza menandatangani kontrak satu tahun bersama kelab Switzerland, FC Sion. Beliau bermain sebanyak 32 perlawanan dan sempat menjaringkan 21 gol.
Neftchi Baku
suntingPada Ogos 2010, beliau menandatangani kontrak tiga tahun bersama kelab Liga Perdana Azerbaijan, Neftchi Baku. Beliau meninggalkan kelab itu pada Januari 2012 selepas kehilangan posisinya pada musim 2011-12.
Eendracht Aalst
suntingMpenza menandatangani kontrak setahun bersama kelab terakhirnya, Eendracht Aalst pada 1 Oktober 2013.
Kerjaya antarabangsa
suntingMpenza telah bermain bersama pasukan kebangsaan Belgium sejak 1997. Beliau juga mewakili pasukan kebangsaannya di Piala Dunia 1998 dan Euro 2000. Malangnya, beliau tidak tersenarai dalam skuad Piala Dunia 2002 kerana mengalami kecederan.
Gol antarabangsa
sunting# | Tarikh | Lokasi | Lawan | Skor | Keputusan | Kejohanan |
---|---|---|---|---|---|---|
7 Jun 1997 | Brussels, Belgium | San Marino | 3–0 | 6–0 | Kelayakan Piala Dunia 1998 | |
4–0 | ||||||
3 Februari 1999 | Limassol, Cyprus | Cyprus | Persahabatan | |||
18 Ogos 1999 | Brugge, Belgium | Finland | Persahabatan | |||
4 September 1999 | Rotterdam, Belanda | Belanda | Persahabatan | |||
7 September 1999 | Liège, Belgium | Maghribi | Persahabatan | |||
29 Mac 2000 | Brussels, Belgium | Belanda | Persahabatan | |||
10 Jun 2000 | Brussels, Belgium | Sweden | UEFA Euro 2000 | |||
16 Ogos 2000 | Sofia, Bulgaria | Bulgaria | Persahabatan | |||
28 Februari 2001 | Brussels, Belgium | San Marino | Kelayakan Piala Dunia 2002 | |||
25 April 2001 | Prague, Republik Czech | Republik Czech | Persahabatan | |||
2 Jun 2011 | Brussels, Belgium | Latvia | Kelayakan Piala Dunia 2002 | |||
12 Februari 2003 | Annaba, Algeria | Algeria | 0–1 | 1–3 | Persahabatan | |
0–3 | ||||||
26 Mac 2005 | Brussels, Belgium | Bosnia dan Herzegovina | 1–1 | 4–1 | Kelayakan Piala Dunia 2006 | |
4–1 | ||||||
10 Jun 2000 | Brussels, Belgium | Greece | Persahabatan | |||
10 Oktober 2010 | Brussels, Belgium | Turki | 2–0 | 2–0 | Kelayakan Piala Dunia 2010 | |
2–0 |
Penghargaan
suntingKelab
suntingIndividu
sunting- Pemain Bola Sepak Muda Profesional Belgium: 1996–97
- Kasut Eboni Belgium: 1997
- Pemain Bola Sepak Terbaik Belgium di Kejohanan Antarabangsa: 2000
- Pemain Terbaik Musim Standard Liège: 2003–04
Rujukan
sunting- ^ "Emile Mpenza". Soccerway. Global Sports Media. Dicapai pada 7 August 2011.
- ^ "Emile Mpenza". ESPNsoccernet. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-26. Dicapai pada 7 August 2011.
- ^ "Mpenza pens deal". Plymouth Argyle FC. 2 September 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-12. Dicapai pada 2 September 2008.
Pautan luar
sunting- Laman web Soccerbase: Émile Mpenza
- (Inggeris) Profil Émile Mpenza di National-Football-Teams.com