'Asir
Koordinat: 19°0′N 43°0′E / 19.000°N 43.000°E
'Asir merupakan sebuah wilayah terletak di di Arab Saudi yang terletak di sebelah barat daya. Keluasannya kira-kira 81,000 km² dan berpenduduk 1,563,000 orang. 'Asir berhampiran dengan Yaman. Ibukotanya adalah Abha, bandar penting lainnya antara lain Khamis Mushait dan Bariq dan Qal'at Bishah.
Menurut geografi, wilayah 'Asir terletak di dataran tinggi yang menerima curahan hujan lebih banyak daripada wilayah yang lainnya. Banyak tumbuhan semula jadi yang dapat ditemui di sini begitu juga dengan tanaman bercucuk tanam. Arab Saudi mendapatkan 'Asir, Najran, dan Jazan dari Yaman pada tahun 1934.