Muhammad Zulhisyam
Muhammad Zulhisyam Mokhtar (lahir 16 Julai 1993) ialah seorang pemain muda bola sepak kebangsaan Malaysia dari Selangor. Beliau telah diberi gelaran Super Score kerana kecemerlangannya menjaringkan banyak gol sepanjang kerjayanya. Dia mewakili Malaysia, Selangor & Sekolah Sukan Bukit Jalil dari bulan Januari 2009 hinggalah September 2009.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Muhammad Zulhisyam b Mokhtar | ||
Posisi permainan | Penyerang | ||
Nombor | 77 | ||
Kerjaya remaja | |||
2009 |
Selangor FA Sekolah Sukan Bukit Jalil | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln (Gol) | |
2009 | Selangor FA | ? (23) | |
Pasukan kebangsaan | |||
2009 | Malaysia | 6 (3) | |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Biodata
suntingDilahirkan di Klang, Selangor, Syam mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Batu 14 Puchong (2000-2005), Subang Jaya (2006-2010). Beliau mula mewakili Selangor pada tahun 2009 pada Piala Belia. Beliau juga Pernah menyertai beberapa kelab bola sepak antaranya Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kelab Bola Sepak Dato'Satim Diman (Puchong) dan Kelab Presiden Selangor.
Beliau anak ke-6 daripada 7 orang adik-beradik.
Penglibatan dalam bola sepak
suntingBiarpun ramai generasi muda masa kini tidak begitu mengenali pemain ini, tapi hampir semua pasti pernah mendengar namanya - pemain dengan bakat semula jadi. Paling ketara adalah dikancah Piala Malaysia yang menjadi gelanggang dia mempamer taring dan kehebatannya menembusi gawang lawan.
Pada usia 17 tahun, Syam atau lebih terkenal dengan jolokan "Super Score" sebagai penyerang muda terbaik Selangor dan ketika itu jugalah dia dinobatkan sebagai Pemain Muda Terbaik 2009.[perlu rujukan]
Kelebihan dimiliki ‘Super Score’ banyak dengan sepakan percuma dari jarak jauh bak bola ada stering menjadi elemen penting hinggakan penjaga gol pihak lawan jari terpedaya. Itu belum dikira bijaknya penyerang muda negara itu membaca gerakan lawan dan meloloskan diri.
Dengan 77 kaps antarabangsa dan kelab, dia berjaya meletakkan Selangor di kedudukan tertinggi pentas bola sepak Malaysia seterusnya mampu membuka mata peminat. Skuad N. Sembilan bimbingan Wan Jamak Wan Hassan turut merasa bahangnya selepas tewas kepada Selangor 4-0 hasil jaringan tiga sepakan percuma yang menakjubkan dari "Super Score" itu.[perlu rujukan]
Syam sangat gigih ketika latihan, sejak di bangku sekolah lagi dia yang menuntut di Sekolah Sukan Bukit Jalil tidak pernah jemu berlatih sehingga namanya sudah sebati bersama skuad Selangor pun dia masih sama apabila terus mengawal bola sambil menggelecek tiang-tiang kecil sebelum melepaskan tendangan kencang ke gawang yang kosong untuk menajamkan kuasa pemusnah yang ada pada dirinya tetapi beliau bermasalah tenteng disiplin.[perlu rujukan]
Garis masa kerjaya
sunting- Januari 2009: Mewakili Selangor FA dalam Pertandingan Piala Presiden, di Shah Alam, Selangor. Perlawanan pertama menentang Kedah dan menjaringkan gol pertamanya pada perlawanan itu.
- Mei 2009: Kali pertama dipilih menjadi ketua pasukan Piala Malaysia Selangor FA (menentang Kuala Muda Naza) apabila Amri Yahya enggan meneruskan tugas itu.
- Jun 2009: Menerima kad merah pertama dalam kariernya ketika menentang Kuala Muda Naza (Piala Malaysia).
- November 2009: Memimpin Selangor FA dan menjadi `Pemain Terbaik Perlawanan Akhir'.
- Disember 2009: Disingkirkan daripada skuad Selangor dan Kebangsaan.
Anugerah
sunting- 2009 : Pemain Terbaik Liga Malaysia 2009