Muhammad Nazaruddin
Muhammad Nazaruddin (lahir 26 Ogos 1978; umur 32 tahun) di Bangun, Indonesia ahli politik Indonesia dan ahli parlimen sesi 2009-2014 dari Parti Demokrat mewakili Jawa Timur IV..Beliau menjadi Bendahari Parti Demokrat pada tahun 2010.Pada 2011 beliau dituduh menerima rasuah bagi pembinaan Wisma atlet untuk Sukan SEA 2012.Dia berjaya ditangkap di Cartagena, Colombia.
Muhammad Nazaruddin | |
---|---|
Menyandang jawatan 25 Oktober 2009 | |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Bangun, Kabupaten Simalungun, Sumatera Utara | 26 Ogos 1978
Parti politik | Partai Demokrat |
Pasangan | Neneng Sri Wahyuni |
Biodata
suntingNazaruddin lahir di Desa Bangun, Kabupaten Simalungun, Sumatera Utara, pada 26 Ogos 1978. Beliau anak kelima dari tujuh beradik. Bapanya Muhammad Latif Khan dan ibunya Aminah, berketurunan Pakistan. Nama asalnya Muhammad Nazaruddin Khan tetapi ditukar kepada nama sekarang tanpa 'Khan'.Ayahnya meninggal dunia pada 1993 dan bisnes ayahnya kian merosot. Ibunya meninggal dunia pada 1998. Setelah lulus SMA, Nazaruddin pergi merantau.
Pada tahun 2002, Nazaruddin memulakan perniagaan di Pekanbaru, Riau.Antaranya ialah PT Anugrah Nusantara, PT Panahatan, dan PT Berhak Alam Berlimpah di Riau terutama pembinaan, kesihatan, ladang dan sebagainyai.
Rasuah Wisma Sukan
suntingSuruhanjaya Pencegahan Rasuah (KPK) Indonesia menyatakan Nazaruddin terbabit dalam 31 kes rasuah berasingan. Jumlah keseluruhan rasuah ialah 6.04 trilion rupiah ($858 juta) .
Pada 21 April 2011, Suruhanjaya Membasmi Rasuah berjaya menangkap Wafid Muharam, Mohammad El Idris, dan perantara Mindo Rosalina Manulang kerana terbabit dalam urusan rasuah Rp3,2 milyar. Rasuah itu membabitkan pembangunan wisma atlet untuk Sukan SEA 2011 di Palembang, Sumatera Selatan pada November 2011.Mohammad El Idris dari PT Duta Graha Indah menyerahkan wang Wafid Muharam kerana memenangi tender projek tersebut.
Pada 27 April 2011, PT DGI akhirnya menang tender karena sanggup memberi komisyen 15 persen dari nilai proje,dua persen untuk Wafid dan 13 persen untuk Nazaruddin. Wafid merupakan setiausaha Menteri Belia dan Sukan Indonesia.
SMS turut tersebar yang dipercayai dihantar oleh Mohammad dari Singapura .SMS itu mendakwa Susilo, Pengerusi Parti Demokrat, Anas Urbaningrum dan jurucakapnya, Andi Nurpati terlibat dalam aliran dana rasuah berkenaan. Namun Presiden Sosilo menafikan dengan menyatakan bahawa semua tuduhan yang dilemparkan terhadapnya tidak benar 1,000 peratus. [1]
Isteri Nazaruddin , Neneng Sri Wahyuni turut akan didakwa berkaitan kes pembelian loji kuasa suria di Kementerian Tenaga Manusia dan Transmigrasi. Pada 2008,syarikat PT Mahkota Negara, milik Nazaruddin; dan PT Alfindo, yang juga syarikat bersekutu Nazaruddin mendapat projek tenaga solar itu. Neneng pernah bekerja di PT Alfindo. Kes tersebut dipercayai menyebabkan pemerintah Indonesia kerugian 3.8 bilion rupiah.Jika sabit kesalahan Neneng boleh dipenjara selama 20 tahun.[2]
Bersembunyi dan ditangkap
suntingPada 23 Mei 2011 Nazaruddin bertolak ke Singapura melalui Lapangan Terbang Soekarno-Hatta dengan alasan rawatan jantung. Partai Demokrat menyingkirkan Nazaruddin dari jawatan Bendahari Parti Demokrat. Anak-anaknya ditinggalkan kepada saudara-maranya di Malaysia. Melalui Skype, beliau berkomunikasi dengan pemberita televisyen Indonesia dan menuduh pembabitan ahli politik Indonesia turut terlibat menerima rasuah.Jejaknya dikesan melalui Skype .Segelintir pemerhati Indonesia melihat Nazaruddin sebagai 'hero' kerana boleh menyelongkar rasuah politikus yang lain.[3] [4]
Bekas bendahari Parti Demokrat, pimpinan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono itu diberkas polis antarabangsa (Interpol) di Cartagena, Colombia, Amerika Selatan. Kes ini tentu memalukan Presiden Sosilo yang diprojek sebagai 'Mr Clean' dan aktif membasmi rasuah.[5]
Beliau diterbangkan dengan pesawat sewa khas dari Bogota, Colombia.Kerajaan Indonesia menyewa pesawat itu dengan kos Rp 4 billion (US$468,000) agar siasatan lebih bebas dan tidak tertekan.[6] Beliau dikesan menggunakan pasport sepupunya, M.Syarifuddin, untuk pergi ke luar Indonesia setelah pasportnya dirampas. M.Syarifuddin merupakan seorang pensyarah universiti. Sekurang-kurangnya lima orang membantu Nazaruddin melarikan diri.
Pada 14 Ogos 2011, beliau dibawa ke Markas Markas Komando Polis Indonesia di Kelapa Dua, Depok, di selatan Jakarta untuk pemeriksaan kesihatan.
Bimbang diracun
suntingBeberapa pemimpin parti dan ahli politik pusat turut dibabitkan menerima sogokan besar daripada projek pembinaan perkampungan sukan Wisma Atlet di Palembang.[7] Semasa dalam pelarian selama 75 hari, Nazaruddin beberapa kali mengirim mesej melalui telefon bimbit Blackberry kepada media tempatan menuduh beberapa pemimpin Parti Demokrat (parti pimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono) turut terlibat dalam kes rasuah.[8]
Inspektor Jeneral Anton Bachrul Alam menyatakan bahawa makanan Nazaruddin yang ditahan di Markas Komando Brimob akan diawasi agar dia tidak diracun.
Rujukan
sunting- ^ Presiden Susilo kecam media
- ^ "Nazaruddin didakwa terlibat dalam kes rasuah babit 858 juta". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-12. Dicapai pada 2011-08-16.
- ^ Anak suspek di KL
- ^ Nazaruddin Pulang Selepas 3 Bulan Jadi Buruan[pautan mati kekal]
- ^ Indonesia ex-treasurer Muhammad Nazaruddin 'flees'
- ^ Nazaruddin receives special treatment: KP3I
- ^ Suspek Nazaruddin tiba dengan kawalan ketat
- ^ Polis bimbang keselamatan dan nyawa Muhammad Nazaruddin