Laluan LRT Punggol

Laluan Punggol ialah laluan transit laluan pandu automatik di Republik Singapura. Laluan ini dibuka pada 29 Januari 2005, menghubungkan kawasan perumahan dan pinggir bandar Punggol dengan Pusat Bandar Punggol. Laluan MRT Timur Laut dan Pertukaran Bas Punggol juga dihubungkan dengan laluan ini. Laluan Sengkang merupakan aliran ketiga dalam Sistem Rel Ringan (LRT) Singapura dan seperti aliran–aliran LRT yang lain, ia beroperasi sepenuhnya di atas jejambat (bertingkat) dan menggunakan kereta api automatik.

Laluan LRT Punggol
لالوان ايل.ار.تي ڤوڠݢول
 PGLRT 
Kereta api di laluan LRT Punggol
Umum
Nama lain
  • Punggol LRT Line (Inggeris)
  • 榜鹅轻轨线 (Cina)
  • பொங்கோல் எல்ஆர்டி வரி (Tamil)
JenisTransit laluan pandu automatik/Transit rakyat
SistemSingapura
StatusBeroperasi
LokasiPunggol, Singapura
TerminalPunggol
Stesen15 (1 tidak beroperasi)
Perkhidmatan4
Warna pada petaKelabu
Operasi
Dibuka
  • 29 Januari 2005 (Gelung timur)
  • 29 Jun 2014 (Gelung barat)
PemilikPenguasa Pengangkutan Darat (LTA)
PengendaliSBS Transit
CiriBertingkat (atas jejambat)
Teknikal
Panjang landasan10.3 km (6.4 bt)
Tolok landasan1850 mm tolok lebar
Pengelektrikan750 V DC rel ketiga

Fasa pertama laluan Punggol bermula dengan laluan sepanjang 10.3 kilometer (6.4 bt) dengan 15 stesen pada dua gelungan. Peruntukan telah dibuat untuk laluan susur utara, bermula dari Teck Lee, yang akan memberi khidmat kepada kawasan Punggol North. Walau bagaimanapun, rancangan ini dibatalkan dengan perubahan dalam rancangan induk Punggol.

Stesen

sunting
Kod Nama Pertukaran/catatan
 PTC  NE17  Punggol Pertukaran dengan  NEL  Laluan Timur Laut
Gelung timur
 PE1  Cove
 PE2  Meridian
 PE3  Coral Edge
 PE4  Riviera
 PE5  Kadaloor
 PE6  Oasis
 PE7  Damai
Gelung barat
 PW1  Sam Kee
 PW2  Teck Lee (Tidak beroperasi)
 PW3  Punggol Point
 PW4  Samudera
 PW5  Nibong
 PW6  Sumang
 PW7  Soo Teck

Pautan luar

sunting