Ireland di Sukan Olimpik Musim Panas 2020
Ireland telah menyertai Sukan Olimpik Musim Panas 2020 di Tokyo. Kejohanan ini pada asalnya dijadualkan berlangsung dari 24 Julai hingga 9 Ogos 2020, tetapi ditangguhkan ke 23 Julai hingga 8 Ogos 2021 akibat pandemik COVID-19.[1] Ireland juga telah menyertai semua edisi Sukan Olimpik Musim Panas sejak 1924, kecuali pada 1936.
Ireland di Sukan Olimpik Musim Panas 2020 | |
---|---|
Kod IOC | IRL |
NOC | Persekutuan Olimpik Ireland |
Laman sesawang | olympics |
di Tokyo, Jepun | |
Peserta | 116 dalam 19 sukan |
Pembawa bendera (pembukaan) | Brendan Irvine Kellie Harrington |
Pembawa bendera (penutupan) | Natalya Coyle |
Pingat Kedudukan ke-39 |
|
Penampilan Sukan Olimpik Musim Panas | |
Penampilan lain yang berkaitan | |
Great Britain (1896-1920) |
Secara umumnya, pasukan ini diwakili atlet dari Republik Ireland dan juga atlet dari Ireland Utara yang memilih untuk menyertai pasukan ini daripada pasukan Great Britain (atlet dari Ireland Utara dibenarkan memilih untuk menyertai pasukan Ireland atau Great Britain).
Pemenang pingat
suntingSumber:[2]
Pingat | Nama | Sukan | Acara | Tarikh |
---|---|---|---|---|
Emas | Paul O'Donovan Fintan McCarthy |
Lumba dayung | Dayung beregu kelas ringan lelaki | 29 Julai |
Emas | Kellie Harrington | Tinju | 60 kg wanita | 8 Ogos |
Gangsa | Aifric Keogh Eimear Lambe Fiona Murtagh Emily Hegarty |
Lumba dayung | Berempat tanpa pengemudi wanita | 28 Julai |
Gangsa | Aidan Walsh | Tinju | 69 kg lelaki | 1 Ogos |
Peserta
suntingSeramai 117 orang atlet terdiri daripada 62 lelaki dan 55 wanita mewakili Ireland dalam 19 sukan;[3]
Sukan | Lelaki | Wanita | Jumlah |
---|---|---|---|
Badminton | 1 | 0 | 1 |
Ekuestrian | 5 | 2 | 7 |
Gimnastik | 1 | 1 | 2 |
Golf | 2 | 2 | 4 |
Hoki padang | 0 | 16 | 16 |
Judo | 1 | 1 | 2 |
Lumba basikal | 5 | 2 | 7 |
Lumba dayung | 4 | 9 | 13 |
Lumba kanu | 1 | 0 | 1 |
Lumba layar | 2 | 1 | 3 |
Menembak | 1 | 0 | 1 |
Olahraga | 13 | 12 | 25 |
Pentatlon moden | 0 | 1 | 1 |
Ragbi bertujuh | 13 | 0 | 13 |
Renang | 6 | 3 | 9 |
Taekwondo | 1 | 0 | 1 |
Terjun | 1 | 1 | 2 |
Tinju | 4 | 3 | 7 |
Triatlon | 1 | 1 | 2 |
Jumlah | 62 | 55 | 117 |
Rujukan
sunting- ^ "Joint Statement from the International Olympic Committee and the Tokyo 2020 Organising Committee". Olympics (dalam bahasa Inggeris). 24 Mac 2020.
- ^ "Team Ireland - Medals by Sport". Tokyo 2020 (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-09-27. Dicapai pada 9 Mac 2022.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
- ^ "NOC Entries - Team Ireland". Tokyo 2020 (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-08-14. Dicapai pada 9 Mac 2022.